Saturday, May 7, 2011

Pesanan untuk kawan2 yang baru dapat result upu.

kepada kawan2 yang baru dapat result upu semalam, tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya dapat tawaran sambung belajar ke ipta tertentu. bagi yang tak dapat, takpe laa. cuba buat rayuan atau apply untuk sesi kemasukan seterusnyaa. atau cuba pertimbangkan untuk menerima tawaran matrik atau form 6. tapi korang kena tahu laa macam mana susahnyaa masuk form 6. kena tabah dan struggle gila untuk berjaya !

aku tak tahu nak cakap macam mane tapi mungkin sesetengah orang tersilap buat pilihan waktu isi borang upu. nak isi borang upu pun sebenarnyaa ada cara. neyh pun lect UTM yang cakap kat abah waktu aku nak isi borang upu. kena tengok kita layak ke tak layak dengan course yang kita nak pilih. dan waktu nak isi borang tu, kena pilih beberapa course yang lain dalam satu U. contohnya macam aku, aku buat 6 pilihan je. 3 pilihan pertama, aku letak UiTM dan 3 pilihan terakhir aku letak UTM. mesti ade yang pelik kenapa aku letak UiTM dulu. sebab course yang pertama (yang aku nak sangat2 tapi tak dapat T___T) ade kat UiTM sahaja.

next, kita kena ukur baju di badan sendiri. result SPM aku tak gempak pun, dapat 6A 1B 2C sahaja. C tu sangat laa mencacatkan keputusan. :'( tapi takpe, sampai bila nak sedeyh dengan result yang kita create sendiri kan? jadi, dengan result 6A takkan laa aku nak apply asasi dekat UIA atau UM. aku apply diploma je. ramai kawan aku tanya, kenapa tak masuk matrik? kenapa tak ambil asasi? sebenarnyaa, aku agak lampi (lambat pick-up). aku kena slow slow belajar. nak ambil course yang agak mencabar pulak. tapi matrik memang aku tak apply sebab aku tak cukup pandai untuk score dalam matrik. bukan aku suruh kawan2 ikut aku. neyh pandangan aku tentang diri aku je. =)

saje nak kongsi cerita. kawan aku, dye 6A jugak same dengan aku tapi dalam aliran lain. dye apply asasi kat UIA tak silap aku. and waktu result upu keluar, dye tak dapat. dye call pihak upu nak tanya kenapa tak dapat. bila dye bagitahu result SPM dye, pihak upu terus cakap, "dek, 6A mana layak asasi". sedeyh oh bila dengar tu. so, korang kena make sure result korang 7A dan keatas baru korang layak nak apply asasi. tapi ade je yang 6A dapat asasi, rezeki masing2, Allah lebeyh mengetahui.

"apa barang ambil diploma? lambat masuk degree."

ramai yang memperlekehkan diploma. HAHA okay! aku nak bagitahu, tempoh pengajian lebeyh kurang same je. korang ambil asasi atau matrik setahun kan, degree nanti 4 tahun. kitaorang yang diploma neyh, diploma 3 tahun and degree nanti 3 tahun (ade course yg 2 tahun je mungkin *not sure). so, lebeyh kurang same je kan?

ambil diploma neyh kira selamat laa sikit. yang ambil matrik dan asasi, bila korang sambung degree nanti, contoh laa dah sampai sem 3 korang tak boleyh bawa course yg korang ambil tu, korang stop. then kena sambung jugak dari bawah. tyme tu matrik dan asasi yang korang belajar selama 1 tahun tu dah tak bermakna. kena ambil diploma jugak. ramai je yang jadi macam neyh. bukan aku tak galakkan korang ambil asasi or matrik. i know korang pandai2 belaka and boleyh bawa. aku secara jujurnyaa memang tak boleyh bawa. BUT PLEASE jangan pandang rendah kat diploma. mane tahu satu hari nanti kau kena ambil diploma jugak.

belajar kat mana2 pun same je. yang penting korang kena score dan berjaya. kalau masuk university yang gempak2 tapi pointer korang tak bagus, tak bermakna jugak. cukup2 laa pandang rendah kat UiTM sebab U neyh khas untuk org melayu dan bumiputera sahaja. tak bermakna belajar kat UiTM tak boleyh berjaya dan tak bermakna jugak belajar kat U yang famous je boleyh berjaya. faham2 laa sendiri. =)

comey kan? :P

Thank you for reading this entry.

9 comments:

  1. double triple like!like!like!!!

    ReplyDelete
  2. akak saya singgah blog akak. hehe. nak tanya ni kak. saya dapat kat UITM penang tu. susah tak kat sana ? course saya elektrik elektronik. ni pon risau risau lagi. ada lagi nak tanya. asrama kan kak berapa orang dlm satu bilik ? hehe. tu je. sorry banyak tanya. excited terlebih :)

    ReplyDelete
  3. setiap course ade susah dan sng nyee dek :) just tanamkan minat. but if nak jujur kan, course elektrik tough gak, ramai budak elektrik kata susah. just do your best ya! :D

    this coming sem, tak tahu laa student perempuan dpt kolej mane. if dapat kristal A/B, satu 'rumah' ade 2 bilik, 2 bilik air, satu bilik tu 4 org. so total nyaa 8 org.

    if dapat baiduri plak, satu bilik 4 org. tak tahu pulak dyeorg nak letak student perempuan kat mane. huhu

    it's okay. harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  4. ape maksud 'susah' tu ye? hehe. course or life kat sane?

    ReplyDelete
  5. hadui. rasa risau lak nak amek course ni. tapi takpe lah. janji usaha kan :) akak ada tak gambar 'rumah' tu ? hehe. sebab saya dah try cari kat google ni tak jumpa pon asrama die :(
    er maksud 'susah' saya tu maybe menjurus pada kehidupan kat sana kot. saya pon taktau . haha.

    ReplyDelete
  6. gambar tu takde laa. huhu. this sem tak ambil gambar pun kat kolej. -.- memang takde kat google. hehe. kehidupan kat penang, okay laa. tak bosan. jusco dekat, sunway dekat. and dua2 tempat tu ade pawagam ;D kalau rajin, boleyh pergi pulau.

    ReplyDelete
  7. stuju dgn komen anda~~u hav a nice blog~~=)

    ReplyDelete