Friday, December 28, 2012

Victoria Jackson Cosmetics

Assalamualaikum 

siapa pernah dengar nama produk ni? mungkin pernah, mungkin tidak, mungkin ade orang tertanya tanya, 'ape benda ni?' Victoria Station pernah la dengar. ohho NO NO Victoria Station tu restaurant sayang, tempat makan, sebenarnye dah terang2 cosmetic kat situ hihi so Victoria Jackson ni satu nama produk make-up. 



aku pun baru pertama kali dengar hari ni. bagi sesiapa yang dah pernah dengar tu, sila abaikan betapa lambatnya aku tahu tentang dunia luar huihui okay back to the topic. Victoria Station ni satu cosmetics product yang dah 20 tahun ade kat dunia neyh. wow, macam mane aku boleh tak tahu ni ! nama product ni sebenarnya nama orang tu sendiri. tapi product ni baru 1 tahun setengah je kat Malaysia. selama ni product ni dyeorang perkenalkan melalui majalah kat negara kita. kedai belum ade, sekarang ni tengah buat roadshow kat Malaysia, mostly in Klang Valley area.

tadi aku pergi Festival City kat Setapak. saje jalan2 dengan adek aku sebab ahad ni aku dah nak kena balik Penang. waktu aku pusing2 untuk cuci mata kat dalam mall tu, lalu tepi Seoul Garden (my favorite !!) , tiba tiba ade sorang kakak tegur.

"Dek, nak try make-up. sekarang kitaorang ade buat touch-up make-up free."
"ohh yeke? produk ape ni?"
"Victoria Jackson, adek pernah dengar tak nama produk ni?"
"tak (dengan selamber je)"
"okay, produk ni..bla bla bla bla.."

akak tu pun terangkan pasal produk make-up tu. aku pun dengar je la. well tengok produk produk ni, aku tahu aku masih tak mampu beli. student lagi kan. nak beli barang make-up pun kumpul duit sikit2, baru dapat beli. aku suka make-up tapi tak mampu lagi =.=

"adek selalu make-up?"
"jarang ermm tapi bedak, eye-liner dan lipstick tu wajib huhu"
"adek pakai produk ape?"
"Elianto (aku memang sukeeee Elianto punye produk)"
"pakai foundation tak?"
"sangat sangat jarang. sebab foundation buat kulit tak bernafas."

macam macam soalan la kakak tu tanye, macam buat survey pulak. aku pun jawab je la ape yang dye tanye, sambil2 tu dok belek barang2 make-up kat situ. aku tanya mahal tak product ni, kakak tu kata tak mahal. tapi lip balm je dah rm65 satu. WOW ! untuk aku sangat mahal. 

sekarang dyeorang tengah buat promotion; beli satu lip balm dapat percuma 3 lip balm sekali jadi member VJ. lepas ni kalau nak jadi member kena spend rm500 dan ke atas. entah betul ke tidak aku dengar tadi tapi itu la yang kakak tu cakap. aku just angguk angguk sebab aku tahu aku tak mampu beli. cuma aku nak try make up dye. tapi lepas jadi member VJ ni, kalau korang nak make up, boleh je datang kat tempat dye and korang boleh make up FOR FREEEEEE ! best tak? best tak? :D macam nak pergi dinner ke, singgah dulu kat VJ untuk make up. so sesiape yang nak jadi member, cepat cepat huhu dan akhirnyeee....

tarrrrrraaaaaaaaaaaaaaaa !

untuk pertama kalinyaa aku di-make-up sebegini =)


1

2

3

4

FINALLY =)

thank you to make-up for making women look more prettier =P
terima kasih kakak sebab tolong make-up kan saya.

nampak macam same je kan. tapi sebenarnya kalau tengok aku depan2 mata korang baru nampak bezanya huhu sebab aku cakap kat kakak tu aku nak natural make-up. so orang still kenal muka aku. balik rumah, excited tunjuk kat mama hehe 

dan jenuh la berposing sakan kat bilik ahha jakun gilee kan, well first time orang make up kan, mane tak excited babe ;D


VICTORIA JACKSON
THE 'NO MAKE UP' MAKE UP

sekarang ni baru aku faham dengan maksud 'NO MAKE UP' MAKE UP. bila kita pakai produk ni muka kita tak rase berat pun. selalunya bila kita pakai foundation je dah rase muka macam tebal semacam kan. so tadi aku pakai rase macam tak pakai make up pun ade haha awesome kan. cuma produk ni sesuai untuk orang dah bekerja la sebab agak mahal tapi sangat berkualiti. untuk student tu, anak orang kaya boleh la, aku tak. 


yang paling aku suka, part mata. huhu tak tahu la kenapa aku suka gila part ni. aku teringin sangat nak belajar make up. aku tak reti dan takde sape nak ajar. takpe, ade duit boleh pergi kelas make up ye Najwa. 




Paratha Pizza Beef (Hot&roll)
Chocolate Smoothie with Black Pearl (Cool Blog)

ini lah tujuan sebenar nak pergi Festival City petang tadi. nak makan dan minum yang kat atas tu. hihi my favorite ever ! Hot&roll takde la kat Bukit Mertajam =( ade pun kat bahagian Pulau Pinang. alamak haih jauh gila kalau nak makan, masuk pulau je tol dah rm7, so better makan kat Gombak je. huhu so ini dah jadi perkara wajib before balik BM =)

have a nice day friend and thank you for reading this entry.

Friday, November 11, 2011

11 THINGS ABOUT ME ❤ [TAG]

Hello guys and girls! :)
lame kan tak update blog because I don't have topic to post about. HAHA lagipun busy jugak walaupun duduk kat rumah, jarang online. tak tahu kenapa tapi jarang dengan laptop dah hihi sorry my dear lappy :P

I have been tagged from Fatin Atikah :D so kena la post benda neyh. hihi sorry Fatin, baru ade masa terluang nak update ;)


Benda neyh ade rules jugak ye =.= ahha
  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag backs.
  • No stuff in the tagging section about. 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

okay readers, these are 11 things about ME ;)
  1. I have 4 siblings and I'm the 2nd.
  2. Add Maths lover 
  3. Sensitive, still but not so over.
  4. Suka nama Adam & Hawa :)
  5. Perempuan yang tak pandai berfesyen. SIMPLE
  6. Tak suka sangat pakai jeans, more to slack.
  7. I love driving...
  8. I can't swim! :(
  9. Suka baca novel. ahha tapi tak suka subjek menghafal :P
  10. Suka makan AYAM hehe (that's why chubby haiyoo)
  11. Tak tahan sejuk. pernah menggigil dalam pawagam haha it's true.

Questions :-

What is your favourite singer?
Takde yang specific la. ahha 

Who is your idol?
None

Do you like to watch Korean drama?
Yes :)

Adakah anda melayari facebook setiap hari?
NOPE. kadang2, sebab bile kat Penang memang jarang online.

Pilih satu, facebook atau blogger?
Facebook 

What’s your favorite movie of all time and why?
Mujhse Dosti Karoge , sebab cerita neyh mengenai pengorbanan seorang kawan. and of course because of the hero in this movie, Hrithik Roshan LOL u should watch it :)

Who’s your favourite actor?
Banyak! haha one of them is Aaron Aziz 

What was your favourite game to play as a child?
Barbie hihi

If you could pick a book you’ve read to make into a movie, which one would you choose?
"7 Hari Mencintaiku" written by Siti Rosmizah

Masa kecik2 dahulu, cita-cita saya nak jadi seorang ____.
Peguam (HAHA cita2 tyme budak kecik)

Satu perkataan menggambarkan blog saya?
Diary 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

My questions for YOU ..
  1. Who is your best teacher you ever had?
  2. Do you have your own fashion? What is it?
  3. What is your favorite number?
  4. What song did you hear just now?
  5. Do you like cat?
  6. Why do you make this blog?
  7. What is your ideal home like?
  8. At what age do you want to get married?
  9. Single or taken?
  10. Tell us what do you love about yourself.
  11. Comment about me, thank you :)

Thursday, October 20, 2011

Suara Shila Amzah sedap !

I was so impressed when I watched this video of Shila Amzah 
dear readers, take a look at this video. you'll like it! ;)



for more videos of Shila Amzah click THIS.